Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Ketua Pegawai Maklumat telah membangunkan aplikasi pintar UTeM Panic Button.
Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan staf dan pelajar untuk membuat aduan secara terus kepada Pejabat Keselamatan UTeM sekiranya berlaku situasi kecemasan. Aduan-aduan ini akan dipantau serta diambil tindakan segera oleh Pegawai Keselamatan.
Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store (Android), Apple App Store (iOS) dan App Gallery (Huawei).