Penggunaan ‘UTeM EVENT’
Berikut merupakan justifikasi bagi proses permohonan khidmat Jurufotografi:
- Penganjur program/ majlis (staf/ pelajar) di PTj atau Fakulti dimestikan menggunakanKalendar ‘UTeM Event’ (di e-calendar – email) sebagai penetapan hebahan program/ majlis yang akan dianjurkan.
- Permohonan MESTI dibuat melalui ‘e-calendar’ sekurang-kurangnya 7 hari waktu bekerjasebelum tarikh program / majlis yang diadakan.
- Pegawai Khidmat Pelanggan, PPPK akan menyemak dan memantau sebarang penganjuran program / majlis yang terdapat di Kalendar ‘UTeM Event’.
- Perkhidmatan liputan rakaman foto atau video (Single Camera Production) hanya akan diterima berdasarkan program/ majlis yang telah dimasukkan hebahan oleh penganjur diKalendar ‘UTeM Event’ sahaja mengikut kekosongan dan ketersediaan pada tarikh tersebut.
- Liputan rakaman foto dan video akan dijadualkan dan diberi mengikut keutamaan;
i. Peringkat Universiti
ii. Peringkat PTj / Fakulti
iii. Persatuan / Kelab
Mana-mana permohonan yang telah diterima sebelum ini, jika terdapat program / majlis lain diperingkat Universiti akan diberikan keutamaan terlebih dahulu sekiranya berlaku sebarang pertindihan.
- Permohonan yang dilakukan kurang dari 7 hari bekerja tidak akan diterima kecuali ianya merupakan program / majlis diperingkat Universiti sahaja.
- Jika program/ majlis dijalankan selepas waktu bekerja atau pada hari cuti hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad;
- Tuntutan Elaun Kerja Lebih Masa perlu dibayar oleh PTj yang memohon atau;
- Jika tiada peruntukan Elaun Kerja Lebih Masa PPPK mencadangkan liputan rakaman foto dibuat oleh staf PTj sendiri. PPPK akan menyediakan satu platform lain bagi membolehkan PTj yang membuat rakaman foto sendiri untuk muat naik koleksi gambar di Galeri
- Dengan penguatkuasaan penggunaan Kalendar ‘UTeM Event’ segala maklumat berkaitan penganjuran program / majlis di universiti dapat dikumpulkan secara sistematik serta boleh dijadikan rujukan untuk masa akan datang.
> Manual Liputan Khidmat Foto Kreatif dan Video
> Carta Alir Proses Permohonan Khidmat Foto Kreatif dan Video