Skip to main content

ALUAN PEGARAH PPPK

Puan Norhazlena Binti Sabtu
Pengarah
Pusat Perkhidmatan Pengetahuan Dan Komunikasi

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt., Salam Sejahtera & Selamat Datang ke Laman Web Pusat Perkhidmatan Pengetahuan Dan Komunikasi , Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Perkhidmatan Pengetahuan Dan Komunikasi atau dikenali sebagai PPPK adalah sebuah Pusat Tanggungjawab yang menyediakan pelbagai kemudahan infrastruktur dan infostruktur ICT di UTeM bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran di UTeM bagi memastikan penyampaian perkhidmatan UTeM berada pada tahap yang terbaik dengan penggunaan kemudahan ICT yang disediakan.

PPPK telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan dalam menginjak usia sembilan belas (19) tahun, PPPK telah berusaha saban tahun dalam meningkatkan keberkesanan perkhidmatan ICT kepada warga UTeM dan melakar kejayaan dan pencapaian yang boleh dibanggakan. Kejayaan PPPK hari ini adalah hasil usaha gigih dan komitmen daripada semua warga PPPK. PPPK sentiasa mensasarkan perkhidmatan yang lebih efisien dan terkini selaras dengan misi dan visi universiti.

Kami sentiasa mengalu-alukan pandangan dan perkongsian kepakaran dari pelbagai pihak supaya teknologi ICT ini dapat dimanfaatkan pada tahap yang terbaik di kalangan warga UTeM. Kami di PPPK sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan agar operasi universiti sentiasa berjalan lancar dan boleh diharap pada bila-bila masa.

Akhir kata, sesuai dengan tagline PPPK Power, saya sentiasa berdoa agar PPPK akan mencapai kecemerlangan dan kejayaan yang diharapkan dan kami mengharapkan semua pihak dapat bersama-sama memberi sokongan dan kerjasama supaya perkhidmatan PPPK sentiasa berada pada tahap yang terbaik.

Terima kasih kerana anda telah melayari Laman Web PPPK dan Selamat Maju Jaya.

Salam hormat

Pengarah


© Pejabat Ketua Pegawai Maklumat, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.