Skip to main content


Mengenai PPPK

Pusat Perkhidmatan Pengetahuan Dan Komunikasi Universiti Teknikal Malaysia Melaka bertanggungjawab untuk menyediakan satu persekitaran Teknologi Maklumat (IT) yang dapat memberi sumbangan ke arah kecemerlangan akademik dan kecekapan pentadbiran.

Kemudahan IT yang mencukupi dan terkini adalah penting bagi mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan graduan yang berkualiti, mempertingkatkan kualiti dan kecekapan penyelidikan pembangunan (R&D), mempertingkatkan kualiti kecekapan pentadbiran serta menjadikan masyarakat UTeM sebagai satu masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cara yang paling berkesan bagi aspirasi dan objektif organisasi.  



© Pejabat Ketua Pegawai Maklumat, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.