Berperanan dalam bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, memantau dan menyelenggara barkaitan pematuhan dasar-dasar ICT UTeM kepada pelajar, staf dan pihak ketiga disamping meyelaraskan kerja-kerja berkaitan audit Information Security Management System (ISMS).
Bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, memantau dan menyelenggara barkaitan pangkalan data UTeM mencakupi penggunaan, keselamatan, kapasiti, capaian pengguna, pengujian sistem dan sebagainya mengikut garis panduan yang ditetapkan. Unit ini juga bertanggungjawab dalam kerja-kerja backup dan recovery melibatkan pangkalan data dan juga sistem-sistem aplikasi yang digunakan di UTeM.
Menguruskan pengendalian insiden mengikut Prosedur Pengendalian Insiden seperti yang terkandung dalam Dasar ICT UTeM dan Dasar Keselamatan ICT UTeM dan piawaian semasa yang telah ditetapkan.
Merangka pelan tindakan pengurusan pemulihan bencana khusus untuk pemulihan operasi pusat data sekiranya berlaku bencana. Menguruskan aktiviti pemulihan bencana terhadap operasi pusat data.
Memastikan kesinambungan perkhidmatan operasi pusat data untuk menyokong kelancaran operasi pentadbiran dan pembelajaran di UTeM
STRUKTUR BAHAGIAN INFRASTRUKTUR ICT
ZAINUDIN SALLEH TIMBALAN PENGARAH INFRASTRUKTUR ICT (F48) - Memangku
Bertanggungjawab mengkaji, menganalisis keperluan dan mengenal pasti penyediaan sistem suara atas talian dan sistem sidang video dari segi pengoperasian dan sokongan teknikal.
Bertanggungjawab mengkaji, menganalisis keperluan, menyelaras dan mengawalselia sistem rangkaian dan Internet luar kampus dan kolej-kolej kediaman.
Bertanggungjawab menyebarkan makluman sekiranya terdapat ancaman yang boleh menyebabkan gangguan terhadap keselamatan ICT dan pengoperasian serta pembelajaran di UTeM.
Bertanggungjawab mengkaji, menganalisis keperluan, menyelaras dan mengawalselia sistem Kampus TV dari segi pengoperasian dan sokongan teknikal.
Melihat, mengkaji serta menyesuaikan perkembangan teknologi terkini, trend semasa dan gajet terbaru yang boleh digunapakai di UTeM dalam menyokong operasi Universiti.
Menyediakan khidmat nasihat serta sokongan teknikal untuk pengguna yang ingin menggunapakai peralatan persendirian (BYOD) bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di dalam persekitaran Universiti.
PENGURUSAN RANGKAIAN & SOKONGAN
SEKSYEN NETWORK MANAGEMENT & SUPPORT
WAN SYAFIDATUL IMA WAN OMAR PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F41)