Pusat Perkhidmatan Data Raya & IoT (PADtRIoT) terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian Repositori Dokumen, Bahagian Data Raya & IoT yang akan diketuai oleh seorang (1) Pengarah dan dibantu oleh seorang (1) Penyelaras.
Penubuhan Bahagian Repositori Dokumen ini merupakan pendekatan terkini dunia teknologi maklumat di mana semua dokumentasi terhad & umum, hasil karya penulisan dan penyelidikan para sarjana institusi berkenaan dikumpul, disusun, dipelihara dan disebarkan bagi tujuan perkongsian ilmu.
Penubuhan Bahagian Data Raya (Big Data) & IoT selari dengan ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan peranti mudah alih dan data internet.
Pelbagai jenis data berstruktur daripada sistem dan peranti seperti Sistem Pangkalan Data, sensor dan IoT (Internet of Things), serta data tidak berstruktur daripada imej, audio, video, CCTV dan sebagainya telah menyokong pertumbuhan Data Raya yang besar, pelbagaian, pantas menghasilkan data, dan bernilai sehingga kepada terabyte dan petabyte data (MAMPU, 2021).
Teknologi Internet of Things (IoT) merupakan evolusi teknologi Internet di mana objek (things) berupaya menghantar data menggunakan peranti melalui Internet untuk menjana maklumat serta pengetahuan baharu, seterusnya memberi nilai tambahan dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup (MAMPU, 2021).