Penubuhan Bahagian Data Analitik & IoT selari dengan ledakan informasi yang seiring dengan pertumbuhan ekosistem penggunaan peranti mudah alih dan data internet.
Teknologi Internet of Things (IoT) merupakan evolusi teknologi Internet di mana objek (things) berupaya menghantar data menggunakan peranti melalui Internet untuk menjana maklumat serta pengetahuan baharu, seterusnya memberi nilai tambahan dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup.