Skip to main content

ALUAN PENGARAH PADtRIoT

Profesor Madya Gs. Dr. Asmala Ahmad
Pengarah
Pusat Perkhidmatan Data Raya & IoT

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Selamat Datang ke Laman Web Pusat Perkhidmatan Data Raya & IoT, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Pusat Perkhidmatan Data Raya & IoT atau dikenali sebagai PADtRIoT adalah sebuah Pihak Berkuasa Universiti (PBU) yang menyediakan perkhidmatan data raya dan IoT di UTeM bagi menyokong aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pentadbiran di UTeM bagi memastikan penyampaian perkhidmatan UTeM berada pada tahap yang terbaik.

PADtRIoT telah ditubuhkan pada tahun 2022 dan mensasarkan untuk memberikan perkhidmatan data raya dan IoT di UTeM yang lebih efisien dan terkini selaras dengan misi dan visi universiti. PADtRIoT  menempatkan dua bahagian iaitu Bahagian Repositori Dokumen dan Bahagian Data Raya & IoT. Bahagian Repositori Dokumen bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan repositori bagi pelbagai dokumen dan data universiti. Bahagian Data Raya & IoT pula bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan analitik data dan Internet of Things (IoT).

PADtRIoT sentiasa mengalu-alukan pandangan dan perkongsian kepakaran dari pelbagai pihak supaya teknologi data raya dan IoT ini dapat dimanfaatkan pada tahap yang terbaik di kalangan warga UTeM. Kami di PADtRIoT sentiasa mengutamakan kepentingan pelanggan agar operasi universiti sentiasa berjalan lancar dan seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

Akhir kata, saya sentiasa berdoa agar PADtRIoT akan mencapai kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan kami mengharapkan semua pihak dapat bersama-sama memberi sokongan dan kerjasama agar perkhidmatan PADtRIoT sentiasa berada pada tahap yang optimum.

Terima kasih kerana anda telah melayari Laman Web PADtRIoT dan Selamat Maju Jaya.

Salam hormat

Pengarah


© Pejabat Ketua Pegawai Maklumat, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.