

Universiti Teknikal Malaysia Melaka menyediakan perkhidmatan Microsoft 365 kepada semua staf dan pelajar. Microsoft 365 yang dahulunya dikenali sebagai Office 365 dan Microsoft Live@edu merupakan perkhidmatan yang dibekalkan dibawah kontrak berpusat Perisian Microsoft oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan Kerjasama Microsoft (M) Sdn. Bhd.
Perkhidmatan ini disediakan sebagai platform rasmi untuk tujuan komunikasi dan kolaborasi di antara semua warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka terutamanya bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran serta urusan pentadbiran.
Aplikasi Tersedia Melalui Microsoft 365
- Perkhidmatan Email (Outlook, Calendar dan Contacts) yang memberikan kuota peti masuk sehinggan 50GB.
- One Drive For Business bagi tujuan penyimpanan, perkongsian dan kolaborasi dokumen atas talian. Memberikan manfaat sebanyak 1TB storan kepada setiap akaun.
- MS Teams bagi tujuan komunikasi dan kolaborasi secara atas talian yang menyokong perkhidmatan persidangan Video bagi tujuan Webinar atau kelas secara Maya disamping membenarkan setiap kumpulan peljar atau staf berkongsi dokumen melalui platform yang sama.
- Lesen perisian Microsoft Office 365 (Ms Word , MS Excel, MS PowerPoint. MS Publisher dan MS Access) yang boleh diinstall pada 5 peranti peribadi (Komputer Riba/ Desktop/Mac/Tablet atau telefon pintar) juga capaian aplikasi MS Word, MS Power Point, Ms Excel dan One Note secara atas talian.
- OneNote digunakan bagi tujuan penyusunan nota dan dokumen dalam bentuk digital yang lebih menarik dan interaktif dengan kemudahan perkongsian sesana individu lain. Aplikasi lain seperti Sway, Form, Stream, Power Apps, Planner, SharePoint dan sebagainya.
Bagaimana Untuk Mengakses
Semua staf dan pelajar disediakan 1 akaun rasmi email Universiti yang boleh digunakan untuk mengakses kesemua aplikasi yang disediakan pada Microsoft 365.
Klik pada ikon pada laman web UTeM atau melalui URL https://portal.office.com menggunakan
Staf : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Pelajar : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jangkamasa Capaian
Semua staf dan pelajar layak menerima perkhidmatan Microsoft 365 ini selagi mereka menjadi kakitangan atau pelajar yang aktif.
Walau bagaimanapun, bagi pelajar yang telah berjaya digraduasikan (Alumni) capaian masih boleh dilakukan namun diminta untuk melakukan kerja-kerja pemindahan kandungan email atau dokumen ke akaun persendirian yang lebih mudah diuruskan lagi. Perkongsian Credential Email adalah tidak dibenarkan sama sekali.
>> Klik sini bagi Rujukan Garis Panduan Peraturan Keselamatan Email UTeM
