Skip to main content

Piagam Pelanggan

Kami warga Pejabat Ketua Pegawai Maklumat dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-

  • Berusaha memberi perkhidmatan yang mesra serta membantu menyelesaikan masalah pelanggan dalam kadar yang segera dengan menjalinkan hubungan yang baik dengan semua PTj, staf, dan pelajar.

  • Menyediakan perkhidmatan rangkaian yang efisien, selamat dan boleh harap kepada semua pelanggan.

  • Menyediakan khidmat instalasi perisian berlesen dan sistem aplikasi yang telah diluluskan kepada pelanggan dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.

  • Menyelenggara dan membaik pulih komputer dalam tempoh (3) hari bekerja bergantung kepada kesediaan alat ganti.

  • Memastikan kebolehcapaian Sistem Aplikasi Dalaman, Rangkaian dan Server lebih daripada 95%.

  • Menyediakan khidmat sokongan meja bantuan (help desk) yang cekap, berkesan dan mesra pengguna.

  • Sentiasa memberi sokongan teknikal dan pemantauan dalam menangani masalah atau aduan kepada sistem-sistem aplikasi agar sistem aplikasi dapat beroperasi dengan lancar.

  • Memberi maklum balas terhadap aduan pelanggan berkaitan sistem maklumat yang disediakan dalam 3 hari bekerja.

  • Memastikan pembangunan sistem maklumat mengikut keperluan pengguna (PTj) berdasarkan spesifikasi dan jadual pembangunan dan perlaksanaan yang dipersetujui bersama.

  • Merancang, menyedia dan menawarkan pelbagai kursus ICT kepada staf universiti.



© Pejabat Ketua Pegawai Maklumat, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.