Skip to main content

ALUAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT

Profesor Dr. Mohd Khanapi Bin Abd Ghani
Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera dan selamat datang ke laman web Pejabat Ketua Pegawai Maklumat (CIO).

Pada era dunia tanpa sempadan dengan maklumat di hujung jari, teknologi pendigitalan web rasmi amat penting sebagai medium penyalur maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat amnya dan warga UTeM khususnya.

Sebagai CIO, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk merancang, menyelia pembangunan dan pelaksanaan strategi teknologi pendigitalan di UTeM, serta memastikan operasi pendigitalan ICT (Aplikasi Sistem & Infrastruktur ICT/Internet ) berjalan lancar dan selamat dalam mencapai wawasan “Kampus Cerdik”.

Proses transformasi pendigitalan “Kampus Cerdik” berhasrat untuk memastikan akses kepada infrastruktur dan infostruktur digital yang berpatutan, boleh dipercayai, mampan, berterusan dan bersepadu untuk semua. Proses ini juga melibatkan pengukuhan hub data raya berpusat yang menyokong kampus pintar dan IR 4.0 dalam membuat keputusan strategik berasaskan data.

Dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang ini, serta kerjasama erat dari pasukan Pejabat CIO (PADtRIoT dan PPPK), saya bersemangat untuk memacu transformasi, inovasi dan kecekapan melalui penggunaan teknologi digital. Saya teruja untuk menjadi sebahagian daripada pasukan transformasi pendigitalan UTeM dan berusaha ke arah matlamat bersama untuk menyampaikan produk/perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan kami.

Terima kasih kerana melawat laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang perancangan tranformasi digital UTeM, jangan teragak-agak untuk menghubungi kami.



© Pejabat Ketua Pegawai Maklumat, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.