Skip to main content

  • 5 Mei 2021 - Majlis Sumbangan Hari Raya SMK Durian Tunggal
    Bahagian Pentadbiran dengan kerjasama KSCOM akan membuat 1 projek amal sempena bulan Ramadan.Jumlah kutipan yang berjaya dikumpul adalah sebanyak RM7,297.

    Pada 5 Mei 2021, Pengarah bersama AJK KSCOM telah menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada para pelajar SMK Durian Tunggal. Agihan duit raya dan beg makanan diberikan kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan

  • 22 Oktober 2020 - Audit Sirim MS ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)
    AUDIT SIRIM MS ISO/IEC 27001:2013 SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS) BAGI TAHUN 2020

    Audit SIRIM telah diadakan seperti ketetapan berikut :
    Tarikh : 22 - 23 Oktober 2020 (Jumaat)
    Masa : 4.00 ptg hingga 5.00 ptg
    Tempat : Bilik Mesyuarat PPPK
    Kaedah: Video Conferencing (UTeM dan SIRIM)

    Terima kasih pada semua yang terlibat. Tindakan penambahbaikan akan dibuat berdasarkan laporan yang dikeluarkan bagi memastikan objektif Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) sentiasa dipenuhi dan dicapai.
  • 12 Oktober 2020 - Serahan 3 Buah Laptop Sebagai Hadiah (CSR) Kepada SMK Durian Tunggal Melaka

    UPACARA SERAHAN 3 BUAH LAPTOP SEBAGAI HADIAH (CSR) KEPADA SMK DURIAN TUNGGAL MELAKA - 12 OKTOBER 2020 (ISNIN), 10:00 PAGI
    PUSAT PERKHIDMATAN PENGETAHUAN DAN KOMUNIKASI, UTeM

    KEHADIRAN :
    WAKIL PPPK 
    1.  ENCIK MOHD RADZIF BIN ABD HAMID (TIM. PENGARAH INFRASTRUKTUR ICT) / PENGERUSI)
    2.  PUAN SITI ZURAH BINTI MOHD NASIR (PEGAWAI ASET PPPK)
    3.  PUAN MAZURA BINTI MUSTAFA (UNIT LATIHAN)
    4.  PUAN NOORAZLINA BINTI YUSOP (BHG. RANGKAIAN)
    5.  ENCIK MUHAMMAD NAZAM BIN A.BAKAR (BHG. RANGKAIAN)

    WAKIL SMKDT 
    1.  PUAN PARIDAH BINTI OMAR (PENGETUA)
    2.  ENCIK MOHD RAIMI BIN RAHIM (GURU)
    3.  PUAN NOORSYAFIZA BINTI ABD RAHMAN (GURU)

    AGENDA   
    1.  UCAPAN ALUAN PENGERUSI
    2.  PENYERAHAN LAPTOP
    – Keputusan JK Pemeriksa Pelupusan Aset Universiti pada
    15 & 18 September 2020 yg lepas mengesahkan aset
    tersebut boleh disyorkan lupus dengan kaedah
    serahan/hadiah.  Pihak Berkuasa Melulus telah
    meluluskan cadangan pelupusan aset.

  • 30 September 2020 - Kursus Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)
    30 September 2020 - Kursus Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) PPPK.

    Kursus ini bertujuan memberi kefahaman dan kaedah yang digunakan di dalam Audit mengenai Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) .

    Penceramah bagi kursus ini ialah Encik Ady Hazman dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Kursus yang dijalankan di Bilik Jamuan VIP, Dewan Canselor telah dihadiri oleh semua staf jawatankuasa Pelaksana dan Kerja ISMS dan wakil dari BPA, Pejabat Pendaftar
  • 22 September 2020 - Mesyuarat Jawatankuasa Laman Web UTeM
    22 September 2020 telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Laman Web UTeM Bil 1/2020. Laporan Pertandingan dan Penarafan Bintang Laman Web PTj Tahun 2019 juga telah dibentangkan.Tahniah buat PTj yang berjaya.

    Tempat Pertama : Perpustakaan Laman Hikmah
    Tempat Kedua : Pusat Sumber & Teknologi Pengajaran
    Tempat Ketiga : Fakulti Kejuruteraan Elektrik

    Tahniah kepada semua Penyelaras Laman Web PTj
  • 7 & 8 September 2020 - Bengkel Penyediaan MyPortfolio
    Bengkel Penyediaan MyPortfolio peringkat PPPK dan Pejabat CIO telah diadakan selama 2 hari bermula pada 7 - 8 Septembee 2020 di Bilik Latihan ,PPPK. Staf dibahagikan mengikut bahagian

    7 September 2020: Staf dari Bahagian Teknologi Kreatif, Bahagian Dasar dan Latihan serta Bahagian Infostruktur ICT.

    8 September 2020: Staf dari Bahagian Pengurusan Pengetahuan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan serta Bahagian Infrastruktur ICT.

    Diharapkan bengkel ini dapat membantu staf menyiapkan myPortfolio seperti yang diarahkan pihak Universiti.
  • 25-27 Ogos 2020 - Audit Dalam Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)
    Berlangsung Audit Dalam ISMS 25 - 27 Ogos 2020 bagi AUDIT SIRIM MS ISO/IEC 27001:2013 diketuai oleh Auditor Luar Puan Nor Fazlinda Mohd Puad (Hospital Ampang) dan disertai oleh Auditor dari UTeM Puan Mimi Rahayu Hamdin dan Puan Mazura Mustafa. Mesyuarat pembukaan telah dipengerusikan oleh Timbalan Infrastruktur, En. Mohd Radzif.

    Manakala, mesyuarat penutup dipengerusikan oleh Pengarah, Pn. Norhazlena pada 27 Ogos 2020. Mesyuarat penutup Audit turut disertai wakil dari Bahagian Pengurusan Akademik, Puan Siti Salwah serta En Mohd Farid wakil dari Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar.
  • 3 Julai 2020 - Majlis Tertutup Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
    Pada 3 Julai 2020, berlangsung Majlis Tertutup Penyampaian Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bersama Tuan CIO, Pejabat Ketua Pegawai Maklumat dan Pengarah PPPK. Tahniah kepada semua penerima. Selamat Maju Jaya
  • Pejabat CIO
  • Perlupusan Fail - 1 Nov 2017
  • Go Green
  • Lawatan UMP - 17 Ogos 2017
  • Fire Drill - 20 April 2017
  • Gotong Royong - 7 April 2017
  • Literasi ICT - 28 Mac 2017
  • Mapita - 22 Mac 2017
  • KIK -1 Mac 2017
  • Info Sumber Manusia



© Pejabat Ketua Pegawai Maklumat, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.