Skip to main content

  • Fungsi Bahagian Rangkaian

    Peranan Unit Komunikasi Dan Aplikasi Rangkaian adalah bertanggungjawab dalam merancang, menganalisis, membangun, menambahbaik, melaksana dan menyelenggara sistem aplikasi serta komunikasi yang menggunapakai rangkaian setempat, Internet dan Intranet universiti serta rangkaian luar kampus. Unit ini juga bertanggungjawab untuk melaksanakan penyelidikan dan pengujilarian perkakasan, gajet dan sistem operasi terbaru bagi memastikan pengalaman pengguna (end user experience) yang membawa peralatan sendiri Bring Your Own Device (BYOD) untuk tujuan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan kecekapan pentadbiran dapat dilaksanakan.

    Objektifnya adalah seperti berikut:

    1. Bertanggungjawab mengkaji, menganalisis keperluan dan mengenal pasti penyediaan sistem suara atas talian dari segi pengoperasian dan sokongan teknikal.
    2. Bertanggungjawab mengkaji, menganalisis keperluan, menyelaras sistem sidang video dari segi pengoperasian dan sokongan teknikal.
    3. Bertanggungjawab mengkaji, menganalisis keperluan, menyelaras dan mengawalselia sistem rangkaian dan Internet luar kampus dan kolej-kolej kediaman.
    4. Bertanggungjawab menyebarkan makluman sekiranya terdapat ancaman yang boleh menyebabkan gangguan terhadap keselamatan ICT dan pengoperasian serta pembelajaran di UTeM.
    5. Bertanggungjawab mengkaji, menganalisis keperluan, menyelaras dan mengawalselia sistem Kampus TV dari segi pengoperasian dan sokongan teknikal.
    6. Melihat, mengkaji serta menyesuaikan perkembangan teknologi terkini, trend semasa dan gajet terbaru yang boleh digunapakai di UTeM dalam menyokong operasi Universiti.
    7. Menyediakan khidmat nasihat serta sokongan teknikal untuk pengguna yang ingin menggunapakai peralatan persendirian (BYOD) bagi tujuan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di dalam persekitaran Universiti.

     

    Pada asasnya unit ini adalah unit lama tapi terdapat pertambahan tugas dan tanggung jawab maka unit ini telah diberi nama baru yang dikenali sebagai Unit Servis, Penyelenggaraan Dan Percetakan Berpusat. Di mana unit ini dahulunya ia berkaitan dengan komputer sahaja tapi kini telah bertambah dengan peralatan pencetak berpusat dan juga dari segi polisi penggunanan dan pengagihan alat pencetak dan juga kaedah penyewaan peralatan pencetak tersebut yang mana pada masa akan datang dikawal selia oleh Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi.

    Keperluan ini selaras dengan hala tuju Universiti yang menuju ke arah perbelanjaan berhemah sebagaimana yang telah diputuskan di dalam Mesyuarat Eksekutif bil 5/2014. Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi telah dipertanggungjawabkan untuk membuat kajian berkaitan penyediaan pencetak rangkaian bagi kegunaan PTj dari segi penyediaan polisi serta cadangan untuk pelarasan sewaan secara berpusat. Model pencetak rangkaian yang akan dicadangkan berupaya untuk menyalin, mencetak samada secara hitam putih atau berwarna serta mempunyai sistem pengurusan dokumen yang akan secara tidak langsung menyokong Jabatan Pengurusan Dokumen (Document Management) dalam menyediakan persekitaran kerja tanpa kertas.

  • Fungsi Bahagian Keselamatan ICT & Pusat Data

    Unit ini telah dibahagi lagi kepada 2 seksyen iaitu Seksyen Pematuhan dan Seksyen Perkhidmatan. (Memenuhi keperluan pensijilan MS ISO/IEC 27001:2013 atau ISMS 27001:2007) - Seksyen Pengendalian Insiden dan Pemulihan Bencana - Seksyen Pematuhan.

    Unit Pematuhan dan Pengendalian Insiden berperanan dalam bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, memantau dan menyelenggara barkaitan pematuhan dasar-dasar ICT UTeM kepada pelajar, staf dan pihak ketiga disamping meyelaraskan kerja-kerja berkaitan audit Information Security Management System (ISMS). Unit ini juga dipertanggungjawabkan dalam menjalankan Risk Assessment (RA), Risk Treatment Plan (RTP), Insident Respond Handling (IRH) dan Pelan Pemulihan Bencana berdasarkan prosedur-prosedur yamg telah digariskan.

    Objektif Seksyen Pengendalian Insiden dan Pemulihan Bencana:

    1. Menilai dan mencadangkan pengurangan risiko berlakunya insiden (RA) dan kebergantungan kepada pihak ketiga untuk memantapkan lagi infrastruktur keselamatan ICT di UTeM.
    2. Menentu ukur tahap keutamaan tindakan dan pelan rawatan (RTP) ke atas risiko dan insiden sebelum melaporkan kepada pihak yang berkenaan.
    3. Menguruskan pengendalian insiden mengikut Prosedur Pengendalian Insiden seperti yang terkandung dalam Dasar ICT UTeM dan Dasar Keselamatan ICT UTeM dan piawaian semasa yang telah ditetapkan.
    4. Bertanggungjawab menyebarkan makluman sekiranya terdapat ancaman yang boleh menyebabkan gangguan terhadap keselamatan ICT dan pengoperasian serta pembelajaran di UTeM.
    5. Mentadbir pengendalian tindakbalas insiden (IRH) dan melaporkan tindakbalas susulan hasil dari pengendalian insiden yang telah dilakukan.
    6. Menyediakan laporan kronologi insiden berdasarkan laporan insiden, pengendalian dan tindakbalas susulan insiden dan mendapatkan keputusan penyelesaian terhadap insiden dari pihak yang berkenaan.
    7. Merancang dan menilai faktor kebarangkalian berlaku bencana terhadap pusat data untuk menghindari faktor yang boleh dikawal daripada berlakunya bencana.
    8. Mencadangkan pelan tindakan pemulihan bencana khusus untuk pemulihan operasi pusat data sekiranya berlaku bencana.
    9. Merangka pelan tindakan pengurusan pemulihan bencana khusus untuk pemulihan operasi pusat data sekiranya berlaku bencana.
    10. Menguruskan aktiviti pemulihan bencana terhadap operasi pusat data.
    11. Memastikan kesinambungan perkhidmatan operasi pusat data untuk menyokong kelancaran operasi pentadbiran dan pembelajaran di UTeM

    Objektif Seksyen Pematuhan:

    1. Memastikan semakan pematuhan dilaksanakan sepanjang tahun terhadap polisi, dasar dan peraturan dengan cekap, telus dan berkesan.
    2. Menyampaikan maklumat-maklumat terkini yang tepat dan lengkap selaras dengan perubahan dasar atau polisi Kerajaan, UTeM dan agensi-agensi yang berkaitan.
    3. Memastikan segala teguran atau ketidakpatuhan daripada Laporan Audit Dalam dan Luar diambil tindakan oleh Bahagian Keselamatan ICT dan Pusat Data serta pihak-pihak yang terlibat.
    4. Menjadi tenaga penggerak kepada jawatankuasa-jawatankuasa dan kerja-kerja yang terlibat untuk aktiviti pengauditan.
    5. Menyelaras simpanan dokumen-dokumen berkaitan Bahagian Keselamatan ICT dan Pusat Data terutama dokumen audit, prosedur-prosedur, Standard Operation Procedure, perjanjian-perjanjian dan kontrak.
    6. Merangka serta menjalankan program pematuhan melalui aktiviti-aktiviti program kesedaran secara berkala, semakan dan penilaian berkala serta terhadap keberkesanan program pematuhan.
    7. Bekerjasama dengan bahagian-bahagian lain dalam menangani isu-isu pematuhan.
    8. Mengenal pasti perkara yang berpotensi terdedah kepada risiko pematuhan.
    9. Menyediakan laporan secara berkala atau atas permintaan mengenai sebarang kemajuan atau permasalahan berkenaan sebarang isu pematuhan.

     

    Unit Pangkalan Data berperanan dalam bertanggungjawab dalam merancang, melaksana, memantau dan menyelenggara barkaitan pangkalan data UTeM mencakupi penggunaan, keselamatan, kapasiti, capaian pengguna, pengujian sistem dan sebagainya mengikut garis panduan yang ditetapkan. Unit ini juga bertanggungjawab dalam kerja-kerja backup dan recovery melibatkan pangkalan data dan juga sistem-sistem aplikasi yang digunakan di UTeM.

    Objektif Unit Pangkalan Data:

    1. Mengurus, mentadbir dan menyelia pangkalan data UTeM supaya berkeupayaan tinggi, berprestasi tinggi serta terhindar dari ancaman.
    2. Menilai semula rekabentuk logikal dan fizikal pangkalan data supaya memenuhi keperluan sistem storan, terkini dan memenuhi keperluan aplikasi yang menggunakannya.
    3. Mengurus, mentadbir dan menyelia pentadbiran backup dan recovery bagi memenuhi jaminan keselamatan data UTeM.
    4. Mengurus, mentadbir dan menyelia capaian pengguna, pembangun aplikasi serta pentadbiran kepada pangkalan data.
    5. Memantau perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti pencerohohan terhadap pangkalan data.
    6. Melakukan pengujian terhadap DBMS baru yang terdapat dipasaran.
    7. Memastikan pembangun-pembangun aplikasi mengikut piawaian yang telah ditetapkan semasa mereka menggunakan pangkalan data.
    8. Melaksanakan pengujian terhadap keberkesanan data yang telah di backup bagi menilai semula keberkesanan proses backup.
    9. Melaksanakan aktiviti capacity planning serta ramalan pertumbuhan data serta bentuk dan penggunaan data tersebut seiring dengan perkembangan teknologi terkini.
    10. Merancang pelan pengarkiban bagi mengelakkan sebarang kerosakan atau gangguan kepada data.


 

 



© Pejabat Ketua Pegawai Maklumat, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.